Monday, March 17, 2008

Jangan Buat Begini

Original message from miejiee:
KEPADA SAUDARA MUSLIM.SEMUA MESTI FAHAM APAKAH YANG SEDANG BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI.

Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ia ditarik balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan gangguan dan diskriminasi orang Hindu di dunia Arab.Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.EEMIRIAH ARAB BERSATU)
Name: "Penulis Luar"
Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan
oleh Ra'ad dan proram bernama
Buku Berjudul: "Semua Hindu Bangunlah"
Tajuk kecil : "Protkol Ketua Hindu"
Pengarang : Dr. R. Singh
Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:

1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.
2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.
3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja.
4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam.
5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.
6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.
7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.
8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)
9. Cuba rosakkan bekalan makanan
dalam kedai orang Islam sekiranya anda
bekerja dengan orang Islam.
10. Jadilah sahabat mereka, dapatkan
kepercayaan dan kemudian khianatilah
mereka.
11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.
12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.
13. Pakailah tali hitam di
pergelangan tangan anda.

TOLONG SEBARKAN KEPADA SERAMAI MUNGKIN
ORANG ISLAM.

DR. MOHD ANIS BIN HARON @ HARUN
Medical Practice Division
20th-21st Floor, Bangunan PERKIM
Jalan Ipoh, 51200 K. Lumpur
Tel: (03) 40457725 Fax: (03) 40457740


Saudara usah forward karut-marut begini lagi pada mel atau friendster saya. Tolong kaji, tolong selidik, tolong hati-hati. Saudara cuma perlu klik-klik, gosip-gosip, dan sekejap lagi entah siapa-siapa di sana sini akan panas membakar.

Kalau pun buku ini wujud, tidak semua Hindu itu jahat. Sama seperti tidak semua Muslim itu pengganas.

Sudah cukup satu kali 1969. Sudah cukup satu kali 911.

Satu jari kejahatan ditunjuk pada Bush, tiga jari lagi sudah berbalik kepada kita.

Monday, March 03, 2008

entri

ini baik sekali...

PEMBELI MASA SUDAH

Penyair ialah pengunjung pasar kisah
peraih pengalaman
dan pembeli masa sudah.

Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
dengan kembara dan deria
yang kian memberat di pundakku.

Kulalui lorong-lorong hari sepiku
dari gelisah ke payah
dari sedih ke perih.

Di pasar yang dihingari kisah ini
aku dipanggil peraih cerewet
pemilih yang sukar membuat pilihan
pembeli yang keliru dengan tawaran.

Kerana aku pemilih ruwet
aku harus berhati-hati;
pilihan menonjolkan mutu
dan mutu memantulkan peribadi.

Aku pembeli masalah orang
menyusunnya menjadi kata-kata
dan menjualnya kepada pemikir.

Aku juga kadang-kadang pembeli
masalah dan masa sudah sendiri.

Tidak seperti ikan dan sayuran,
masa sudahku lebih mahal
sesudah senja dan murah
di sebelah pagi.

T. ALIAS TAIB
Antologi Anak Laut
Dewan Bahasa dan Pustaka